Home       Features       Screenshots       FAQ       Press       Smile More Studios       Facebook  @smilemorestudio  YouTube Channel 

 

CarQuiz App Icon

Permainan Matematik CarQuiz
Permainan Hebat untuk Latihan Matematik!

Meningkatkan kemahiran matematik dalam operasi
tambah, tolak, darab dan bahagi.

CarQuiz - Download on the App Store

CarQuiz Math Game City

CarQuiz adalah permainan matematik untuk kanak-kanak, di mana para pemain berlumba di sekitar trek dan menjawab persamaan-persamaan matematik. CarQuiz meningkatkan kemahiran matematik dalam operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Objektif permainan ini adalah untuk mendapat jawapan yang tepat sebanyak mungkin. Permainan ini mempunyai tahap kesukaran matematik yang berbeza dan mempunyai ciri-ciri yang membolehkan pemain berlatih operasi matematik secara rawak atau sekali-sekala.

 

CarQuiz Math Game Desert

CarQuiz menggabungkan elemen permainan lumba dengan pembelajaran matematik. Ia direka mencabar selaras dengan kemajuan pemain. CarQuiz menyokong perkongsian keluarga yang menawarkan lima profil berbeza untuk melihat kemajuan pemain. Para pemain boleh memilih pemandu, kereta dan trek lumba yang berbeza.

 

CarQuiz Math Game Beach

Setiap permainan mempunyai 3 pusingan di sekitar trek dengan jumlah persamaan sebanyak 30. Sebaik sahaja permainan dimulakan, para pemain akan melihat persamaan mereka yang pertama. Selepas memandu melepasi persamaan, 3 jawapan akan muncul di atas jalan raya pada jarak yang jauh. Pemain perlu menukar lorong sama ada ke kiri atau ke kanan dan memandu melepasi jawapan yang dirasakan tepat.

 

CarQuiz Math Game Options Screen

Setiap jawapan yang tepat akan memberi pemain satu token. Permainan tamat apabila 3 pusingan selesai. Pemain boleh melihat skor mereka dan melihat semula persamaan tersebut. CarQuiz direka supaya ibu bapa yang mempunyai tugasan yang perlu dilakukan dapat memberi anak-anak mereka melakukan sesuatu yang menghiburkan dan juga mendidik ketika berada di dalam kereta. Sebab itulah permainan ini diberi nama CarQuiz. Setiap permainan mengambil masa kira-kira 5 minit – sangat sesuai untuk membuat anak-anak leka semasa ibu bapa memandu di sekitar bandar.


EnglishChineseDanishDutchFrenchGermanIndonesianItalianJapaneseKoreanMalayArabicNorwegianPortugueseRussianSpanishSwedishThai

CarQuiz developed by Smile More Studios

 


All images and material © 2015 Smile More Studios. All rights reserved.
CarQuiz™ is a Trademark of Smile More Studios.